Monday, July 7, 2008

Rangka Kursus ZT1043

RANGKA KURSUS ZT1042 HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis Kursus

Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas hubungan etnik, meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia, mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia dan hubungan antara wilayah, memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di Malaysia dan dunia dan memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut dalam konteks Islam Hadhari.

Tujuan

(1) Mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.
(2) Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik.
(3) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.
(4) Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.
(5) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

Kandungan Kursus

Topik-topik ialah seperti berikut:

(1) Pengenalan
(2) Konsep-konsep asas hubungan etnik
(3) Pluraliti dan masyarakat plural di Malaysia
(4) Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(5) Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(6) Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(7) Hubungan etnik, integrasi dan menangani cabaran
(8) Islam Hadhari dan hubungan etnik
(9) Hubungan etnik: Sumbangan kerajaan dan masyarakat

Penilaian Kursus

Tugasan 20% Markah berkumpulan
Pembentangan 10% Markah berkumpulan
Kehadiran/Kuiz 10% Markah individu
Peperiksaan Akhir 60% 50 soalan objektif, masa 1 jam 30 minit


Kuliah & Pembentangan

Sesi pengajaran kursus ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
Peringkat 1: Perkuliahan bermula dari minggu 1 – 9.
Peringkat 2: Pembentangan kertas kerja bermula dari minggu 10 – 14.

Pensyarah

Encik A Zamri Mansor
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
E-mail: azamri-zt1042@yahoogroups.com


Masa Rundingan

Setiap Khamis 10 pagi – 12 tengah hari (untuk masa-masa lain, sila buat temujanji). Pada hari Khamis pertama setiap bulan pensyarah menghadiri mesyuarat bulanan PPU yang dijangka tamat jam 11 pagi. Rundingan secara maya dijalankan menerusi ruangan ‘Comment’ pada blog kursus (http://ztxxxx.blogspot.com) di mana ztxxxx ialah mengikut kod kursus. Sila gantikan xxxx dengan kod kursus yang berkaitan.
Rujukan Utama

Shamsul Amri Baharuddin (ed.). 2007. Modul hubungan etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Rujukan-rujukan Lain

Abdul Aziz Bari. 2001.Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Mohd Noor. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Nazri Muslim dan Nasruddin Yunus. 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC.

Zaid Ahmad. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

1 comment:

Anonymous said...

salam..saya sedang mencari maklumat berkaitan ciri-ciri penerimaan etnik.agak sukar didapati.adakah sedikit info untuk dikongsi bersama?tq.