Friday, July 25, 2008

Tajuk 2: Konsep-konsep Asas

•ZT1042 HUBUNGAN ETNIK
•TAJUK 2
•KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
•TAJUK 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
•2.0 Hasil pembelajaran
•Mendefinisikan konsep-konsep asas HE
•Menjelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas HE dalam masyarakat majmuk Malaysia.
•Menghuraikan sekurang-kurangnya dua konsep asas HE dalam masyarakat Malaysia.
•2.1 Pengenalan
•Usaha memupuk perpaduan, terutama melalui sistem pendidikan.
•Untuk faham secara mendalam, perlu kenali konsep-konsep asas HE.
•Tiga konsep penting:
–masyarakat,
–budaya,
–perpaduan
•2.2 Konsep masyarakat
•Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan)
•Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat
•Proses mewariskan budaya: generasi yang menurunkan budaya, dan generasi yang menerima budaya.
•2.2 Konsep masyarakat
Perlu fahami konsep masyarakat sebab:
•Untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup bermasyarakat.
•Memahami cara hidup bermasyarakat
•Memahami budaya masyarakat sendiri & lain
•Untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.
•2.2 Konsep masyarakat
Ciri-ciri utama masyarakat:
•Berkelompok
•Berbudaya
•Mengalami perubahan
•Berinteraksi
•Mempunyai kepimpinan
•Mempunyai aturan sosialnya.
•2.2 Konsep masyarakat
Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia
•Masyarakat Malaysia- kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung)
•Bangsa Malaysia- bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam Wawasan 2020)
•2.2 Konsep Masyarakat
•2.2.1 Konsep etnik, etnisiti dan etnosentrisme
Konsep Etnik
•Definisi- sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dll.)
•Ada kaitan dengan konsep-konsep ras dan bangsa
•Konsep ras/bangsa – ciri fizikal/biologi
•2.2.1 Konsep etnik, etnisiti dan etnosentrisme
•Etnosentrik – anggap etnik sendiri lebih baik
•Konsep etnik membentuk konsep:
–Etnisiti: rasa kekitaan kumpulan etnik
–Etnosentrisme: melihat kelompok etnik lain menerusi kacamata etnik sendiri
•2.2.2 Konsep ras & rasisme
Ras:
•berdasarkan ciri kolektif seperti fizikal/biologi berdasarkan warna (kulit, mata, rambut, dsb.)
Rasisme
•Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal
•2.2.2 Konsep ras & rasisme
•Rasisme wujud pada dua tahap
–Tahap individu – kepercayaan individu
–Tahap institusi – tersirat dalam struktur sosial
•2.2.3 Konsep prejudis dan stereotaip
Prejudis
•Pandangan negatif mengenai ahli kumpulan etnik lain
•Tidak diluahkan secara terbuka
•Tidak berasaskan fakta yang jelas, tepat, dan mencukupi
•Prejudis yang kuat sukar diubah walaupun dengan fakta yang kukuh.
•2.2.3 Konsep prejudis dan stereotaip
Stereotaip
•Definisi:
–Kenyataan umum yang tentang sesuatu kumpulan etnik
–Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik
•Kesan: pandang rendah -> bataskan interaksi -> semangat perkauman
•2.2.4 Konsep diskriminasi
•Pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain
•Membandingbeza berdasarkan ciri-ciri etnik
•Manifestasi:
–Mengelakkan diri daripada etnik yang diprasangka
–Pembersihan etnik (ethnic cleansing)
•2.3 Konsep budaya
•‘budhi’ + ‘daya’ = ‘budaya’
•“the way of life of a people’ (Dictionary of Philosophy, 1996)
•Kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dsb. (definisi Kamus Dewan, 2005)
•Satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, kepercayaan, etc.
•2.3 Konsep budaya
•Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
–Budaya kebendaan: peralatan , kelengkapan hidup
–Budaya bukan kebendaan: kepercayaan, adat istiadat, undang-undang.
•Dua peranan utama bagi pembentukan budaya:
–Wujudkan identiti
–Memupuk kesedaran kebangsaan
•2.3 Konsep budaya
Ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya:
•Boleh dipelajari
•Boleh dikongsi
•Bersifat sejagat
•Boleh diwarisi
•Berubah-ubah
•Mempunyai unsur simbolik
•Adanya pandangan semesta
•2.4 Konsep perpaduan,integrasi
Perpaduan
•Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
Integrasi
•Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
•2.4 Konsep perpaduan,integrasi
Unsur Integrasi
•Integrasi wilayah
(MB + MT, PT + PB)
•Integrasi ekonomi
•Integrasi kebudayaan
•Integrasi sosial
•Integrasi pendidikan
•Integrasi politik
•2.4 Konsep Perpaduan & Integrasi
•2.4.1 Konsep segregasi
•Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.
•Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994)
A B C
•2.4.2 Konsep akomodasi
•Pertahan budaya etnik sendiri, hormati kumpulan etnik lain
•Contoh
–Malaysia: MCIL
–Switzerland: JIP
A + B + C = A + B + C
•2.4.3 Konsep akulturasi
•Satu proses penerimaan unsur budaya lain
•Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam budaya sendiri
•Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima
•Contoh: talileher, angpau, makanan.
Abc + Bac + Cab
•2.4.4 Konsep asimilasi
•Satu proses percantuman antara etnik berlainan budaya
•Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya
•Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama
A + B + C = A
•2.4.5 Konsep amalgamasi
•Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
•Cara utama ialah melalui perkahwinan campur
•Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.
A + B + C = D
•Konsep integrasi
•2.5 Pengalaman Malaysia
Langkah-langkah kerajaan
•JPNIN
•Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Perpaduan Negara
•Memperkenalkan pelbagai dasar cth. DEB, DPK. Binaan berunsur CIA
•Kekkwa
•2.6 Kesimpulan
•Konsep HE wajar dilihat dari sudut luaran dan dalaman
•Berteraskan budaya penduduk asal, unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.
•2.0 Hasil pembelajaran: semakan
•Definisikan setiap satu daripada konsep-konsep asas HE
•Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas HE dalam masyarakat majmuk Malaysia.
•Huraikan sekurang-kurangnya dua konsep asas HE dalam masyarakat Malaysia.

Tajuk 1: Pengenalan

•ZT1042 HUBUNGAN ETNIK
•TAJUK 1
•HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
•TAJUK 1: HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
•1.1 Pengenalan
•Bergerak ke arah status negara maju
•50 tahun adalah tempoh yang singkat
•Peristiwa 13 Mei sebagai
–pencetus proses transformasi
–pembuka mata, ada sesuatu yang tak kena
•1.1 Pengenalan
•Kesedaran daripada Peristiwa 13 Mei
–Kemajuan ekonomi mesti disertai dengan kestabilan politik
–Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seimbang, jika tidak boleh timbulkan konflik
–Keseimbangan memerlukan:
•Agihan kekayaan ekonomi secara saksama
•Perkongsian kuasa pemerintahan
•1.2 Kepentingan HE yang harmonis
•Pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei
–Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa
–Langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk eratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum.
–Perpaduan nasional tidak akan tercapai jika sebilangan besar rakyat adalah miskin.
–Setiap rakyat haruslah hormati satu sama lain.
•1.3 Usaha-usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional
•Penubuhan JPNIN (1969) untuk
–Memupuk perpaduan dan keharmonian kaum
–Mantapkan integrasi nasional antara semua negeri, terutamanya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
•1.3 Usaha-usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional
•Usaha-usaha lain:
–Rukun Negara, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
–Pergabungan parti-parti politik melalui BN
–Integrasi antara wilayah
•Antara bandar dan luar bandar
•Antara Semenanjung Malaysa dengan Sabah dan Sarawak
•1.3 Usaha-usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional
•Sumbangan top-down tidak cukup, perlu ada bottom up
•Perlu ada kerjasama dan sumbangan daripada:
–Sektor swasta (korporat, pelabur asing)
–Sektor komuniti (NGO)
–Semua parti politik
•Keharmonian HE juga bergantung kepada hubungan antara kelas.
•1.4 Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti
•Tinggalan sejarah
–Identifikasi aktiviti ekonomi dengan kaum.
–Timbul stereotaip bahawa:
•Melayu – petani, nelayan
•Cina – peniaga, pelombong
•India – buruh estet
•Peribumi Sabah, Sarawak – pedalaman, mundur
•Ekonomi dan etnisiti ibarat, ‘cubit paha kanan, paha kiri terasa juga’.
•1.4 Hubungkait antara ekonomi dan etnisiti
•Akui Stiglitz, pemenang Anugerah Nobel,
“ For him (Mahathir), preventing a severe recession was not just a matter of economics, it was a matter of the survival of the nation”
•Indeks hubungan etnik?
•Malaysia sebagai model hubungan etnik yang harmonis.
•1.4 Kandungan Modul HE
•Kepentingan modul ini:
–Sebagai jawapan kepada soalan, ‘Apa formula Malaysia untuk wujudkan hubungan HE yang harmonis?
–Menghidupkan semangat setia kawan sesama rakyat Malaysia.
•Pendekatan makro- menyentuh perkara-perkara utama HE di Malaysia.
•1.4 Kandungan Modul HE
•Kandungan modul terbahagi kepada 3:
–Konsep dan teori
–Latar belakang politik dan ekonomi
–Aspek langsung HE
•Usaha-usaha lepas
•Langkah-langkah semasa
•Harapan untuk pelajar- dapat melakar peta minda yang mantap tentang HE di Malaysia.

Monday, July 7, 2008

Rangka Kursus ZT1043

RANGKA KURSUS ZT1042 HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis Kursus

Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas hubungan etnik, meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia, mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia dan hubungan antara wilayah, memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di Malaysia dan dunia dan memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut dalam konteks Islam Hadhari.

Tujuan

(1) Mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.
(2) Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik.
(3) Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.
(4) Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.
(5) Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

Kandungan Kursus

Topik-topik ialah seperti berikut:

(1) Pengenalan
(2) Konsep-konsep asas hubungan etnik
(3) Pluraliti dan masyarakat plural di Malaysia
(4) Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(5) Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(6) Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
(7) Hubungan etnik, integrasi dan menangani cabaran
(8) Islam Hadhari dan hubungan etnik
(9) Hubungan etnik: Sumbangan kerajaan dan masyarakat

Penilaian Kursus

Tugasan 20% Markah berkumpulan
Pembentangan 10% Markah berkumpulan
Kehadiran/Kuiz 10% Markah individu
Peperiksaan Akhir 60% 50 soalan objektif, masa 1 jam 30 minit


Kuliah & Pembentangan

Sesi pengajaran kursus ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
Peringkat 1: Perkuliahan bermula dari minggu 1 – 9.
Peringkat 2: Pembentangan kertas kerja bermula dari minggu 10 – 14.

Pensyarah

Encik A Zamri Mansor
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
E-mail: azamri-zt1042@yahoogroups.com


Masa Rundingan

Setiap Khamis 10 pagi – 12 tengah hari (untuk masa-masa lain, sila buat temujanji). Pada hari Khamis pertama setiap bulan pensyarah menghadiri mesyuarat bulanan PPU yang dijangka tamat jam 11 pagi. Rundingan secara maya dijalankan menerusi ruangan ‘Comment’ pada blog kursus (http://ztxxxx.blogspot.com) di mana ztxxxx ialah mengikut kod kursus. Sila gantikan xxxx dengan kod kursus yang berkaitan.
Rujukan Utama

Shamsul Amri Baharuddin (ed.). 2007. Modul hubungan etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Rujukan-rujukan Lain

Abdul Aziz Bari. 2001.Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Mohd Noor. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Nazri Muslim dan Nasruddin Yunus. 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC.

Zaid Ahmad. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.